feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

:::Vitalitas yang bermatlamatkan keredhaan Allah SWT:::

Alhamdulillah...berpesan-pesanlah kita kearah kebenaran yang disyariatkan Allah SWT.



Manusia sering alpa dan lalai, mengejar waktu disamping kepentingan diri..tanpa memikirkan masalah yang dihadapi ummat masa kini yang kian parah ditusuk-tusuk serangan pemikiran sang penyengat globalisasi.



Emm..menangisnya kita kerana miskinnya harta...



menangisnya kita kerana cinta manusia yang tidak henti-henti bertapak dihati dek ikutan nafsu yang membuas menjadikan kita musnah tertiarap ikutan nafsu...



menangisnya kita kerana tak makan..walaupun hanya sementara waktu...



menangisnya kita tidak mendapat apa yang kita kehendaki...



menangisnya..menangisnya...dan menangisnya kita bila tidak dapat apa yang diidam-idamkan....




Wahai insan-insan yang berjiwa besar...


kembalilah kepada fitrah seorang insan...



perjuangan kita bukan setakat...bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, goyang kaki, matlamat tiada mengikut apa yang dikehendaki Allah kepada umatNYA yang disayangi...


cukupkah!



cukupkah!



cukupkah!


"abah, kalau saya pergi pentadbiran sorang-sorang menyuarakan yang hak, boleh ke?"


"kalau nak pergi biarlah ramai-ramai" kata abah.



Perjuangan untuk menyuarakan dan menyampaikan yang haq dan kebenaran bukan terletak di bahu bernama individu-individu tertentu, hal ini menjadi keutamaan kepada kita semua sebagai pengerak utama menyampaikan amar ma'ruf nahi mungkar..


"Katakanlah: "Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung". (S 3: 104)


Islam adalah kekuatan...


pembacaan ana tersentap sementara... melihat usul 20 puluh di bawah sub tajuk Islam adalah rahmat.


Perasaan rahmat dan belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, musuh yang menjadi batu penghadang di jalan Allah.




Bagaimana kita hendak mencorakkan diri kita?...


Jawapannya:


kembali kepada Islam itu kekuatan...



berdirinya kita atas matlamat apa??...paskah matlamat kita di atas kehendak Allah?




resolusinya sekarang adalah kesedaran kita bersama sebagai seorang muslim untuk mencorakkan dirinya dengan corak Islamiah, disamping itu membolehkan kita untuk menyeru(berdakwah) insan lain kepada Islam...sedarilah insan..bahasa mudahnya...berubahlah kearah pengislahan yang bertepatan dengan ajaran Islam.Jadilah seorang yang matang dan mempunyai pendirian yang berlandaskan syariat Islam, maka kita tidak mudah menjadi sebahagian daripada
"pendek akal" dengan ideologi-ideologi barat.


Di era modenisasi ini, kita yang mengaku sebagai sebahagian daripada penyambung mata rantai perjuangan Baginda, Rasulullah s.a.w. memang tidak terlepas dek arus gelombang mehna dan tribulasi di setiap penjuru episod kehidupan pejuang, fitnah merata-rata tanpa bukti di hambur bak peluru..ya!, kita kena bersabar kerana ia merupakan satu kunci kejayaan dan kesabaran juga menuntut agar kita tidak boleh tunduk dengan perkara batil di depan mata kita.Maka perasaan rahmat dan belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, jadi komitmen dan kerjasama semua perlu dalam mengimplementasikan nilai-nilai Islam yang telah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah agar ianya dijadikan salah satu daripada pemadam kepada dakwat yang telah ditumpahkan penjajah dan dakyah barat kepada umat Islam khususnya.Harapan kepada program-program serta agenda-agenda semasa yang tidak realistik kepada ummat dan khususnya ,kepada seorang muslim tidak sepatutnya diwujudkan atas dasar kepentingan individu atau semangat ingin menang di bawah payung keegoan diri.Hal ini jika kita teropong manusia atau lebih manisnya insan menjadikan wang ringgit sebagai peluru segala-segalanya, bak peribahasa ini
"Peluru perak pemecah kubu yang kuat" yakni jika kita mendalaminya kita akan tahu apa yang dimaksudkan dengan "peluru perak" dan apa itu, "pemecah kubu yang kuat".


"Peluru perak pemecah kubu yang kuat" bermaksud wang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit.Mungkin ana boleh beri contoh hadith yang mengatakan Allah SWT. mengutuk orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah...Peluru perak=wang ringgit.Perlu diingat wang ringgit bukan segalanya dan bukan mudah untuk memecahkan segala keinginan di dunia yang mana ianya dikawal oleh Pemerintah umat yakni Allah SWT.


Sebagai manusia yang sangat kerdil disisi-Nya, mestilah sentiasa menggingati semula penting bagi kita semua bahawasanya asas kepada semua bentuk ibadat adalah dengan ta'abud yakni pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT.

Di akhir penulisan ini, marilah sama-sama kita berusaha menyampaikan yang haq di pentas dunia ini kepada kesedaran yang dicantas semula agar generasi muda di negara ini khususnya dapat di selamatkan daripada terus tercebur ke jurang kemusnahan...





Sama-sama kita berdoa supaya Allah menunjukkan kebenaran kepada kita dan akhir doa kita;bahawa segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan semoga apa yang kita ungkapkan
(Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasulku)...bukan sekadar manisan ungkapan tetapi disusuli amal kerana Allah SWT.Insya'Allah..


By:ex-illumination exco.







0 comments:

Post a Comment

Sponsored Ads