feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ahli GAMIS Digesa Hidupkan Wacana Intelektual

Dari Pimpinan - Pandangan
Ditulis oleh Admin
Selasa, 05 Mei 2009 21:54
Ahli GAMIS di seluruh Malaysia digalakkan untuk mengaktifkan kegiatan wacana ilmu demi mematangkan pemikiran dan mencambahkan pengetahuan.
Setiusaha Agung GAMIS, saudara Syaari ketika ditemui berkata, "Budaya wacana ilmu perlu dihidupkan sebagai satu persediaan untuk menjana negarawan tarbawi yang mampu memenuhi lompang dalam ruang-ruang dalam sektor kerajaan kelak.
"Malangnya kita melihat ahli Gamis masih gemarkan aktiviti ceramah yang bersifat fundamental dan tidak mencabar minda. Ini merugikan sebaliknya sahabat dari jamaah lain seperti ABIM sudah jauh ke depan dalam soal ini," jelas beliau.
Aktiviti wacana yang dimaksudkan bukan sekadar isu-isu semasa bahkan dasar dan teras kepada ilmu sendiri. Selain daripada itu, selain wacana, ahli digalakkan untuk mengadakan diskusi buku berterusan dan juga perbincangan tentang tokoh-tokoh berpengaruh di dunia.
Timbalan Ketua Sayap Gerakan Mahasiswa GAMIS, Saudara Zaki Sukri turut melemparkan tahniah kepada Presiden GAMIS yang bakal menerbitkan buku dalam masa terdekat. "Kita berbangga apabila Presiden telah berjaya menyiapkan sebuah buku penyebaran fikrah yang bakal diterbitkan dalam masa yang terdekat."
"Ini sebenarnya menunjukkan bahawa GAMIS bukan sekadar gerakan kosong bahkan GAMIS amat menitik beratkan soal keilmuan dan keintelektualan," cetus beliau seraya melemparkan cabaran kepada semua ahli Gamis untuk turut mengikut jejak Presiden tersebut.


Visit Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia .:GAMIS:.



0 comments:

Post a Comment

Sponsored Ads