feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KUIS: Teka Teki PRK, Satu muslihat Besar

Maka semakin bergemalah kampus cakap-cakap tentang Pilihan Raya Kampus (PRK). Kena pula kini waktu sudah melewati pertengahan Disember yang kebiasaannya Bulan Pilihan Raya. Sebenarnya cakap-cakap ini sudah rancak kurang lebih 2 bulan lalu, cuma kini semakin ber'degung'.



Tiada siapa yang dapat menelah dengan tepat bilakah tarikh sebenar PRK ke-11 akan diadakan. Presiden MPMKUIS sendiri pun tak tahu-menahu walaupun seakan naik lemas dengan pertanyaan yang sama dari semua.

Saya tidak mahu sentuh atau berkomentar tentang apa mungkin dijangka atau dicongak perihal calon-calon PRK nanti apalagi yang melibatkan kerusi-kerusi panas.

[Baca seterusnya.]




1.04 juta peminjam PTPTN terima surat berperingkat

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my

Urusan hantar perjanjian baru calon layak caj satu peratus mulai Januari

KUALA LUMPUR: Seramai 1.04 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menerima surat secara berperingkat mulai Januari depan bagi urusan mengemas kini status pinjaman mereka berhubung kadar caj satu peratus.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata penghantaran surat secara berperingkat itu tidak dapat dielakkan berikutan senarai nama peminjam PTPTN yang layak menerima keistimewaan potongan caj perkhidmatan itu melebihi sejuta orang.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat mulai Januari ini, bagaimanapun tarikhnya (untuk mula menghantar surat perjanjian baru) masih belum diputuskan.

"Peminjam perlu memberi maklum balas kepada PTPTN dengan mengisi butiran yang diperlukan sebelum menghantar semula (kepada PTPTN) dalam tempoh sebulan daripada tempoh penghantaran surat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipetik sebagai berkata, semua 1.04 juta peminjam PTPTN yang membuat pinjaman sebelum 1 Jun 2008, perlu mengisytiharkan status pinjaman bagi melayakkan mereka menikmati caj perkhidmatan satu peratus mulai tahun depan.

Akhbar sebelum ini juga melaporkan, peminjam yang gagal berbuat demikian berdepan risiko terus dikenakan caj pinjaman pada kadar lama iaitu tiga peratus atau lima peratus, jika surat tawaran perjanjian baru yang mengandungi pengurangan caj itu tidak sampai kepada mereka.

Sebelum ini PTPTN mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut ijazah sarjana muda dan lima peratus untuk penuntut ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D).

Sehubungan itu, Dr Mohamad Shahrum berharap semua peminjam akan segera mengemaskini alamat masing-masing bagi membolehkan surat perjanjian baru dapat sampai kepada mereka bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Katanya, selepas menerima surat perjanjian baru, peminjam perlu memberi maklum balas segera dalam tempoh sebulan bagi mem-bolehkan pelarasan jumlah pinjaman dapat dilakukan.

Ditanya tempoh masa yang perlu diambil untuk membuat pelarasan sebelum peminjam boleh menikmati kadar berkenaan, beliau berkata, PTPTN akan membuat penelitian mengenai perkara itu.

"Apabila kita menerima maklum balas daripada peminjam, proses pelarasan akan dilakukan dan mereka akan menerima kadar satu peratus itu selepas penelitian dilakukan," katanya.





Sponsored Ads