feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

“MAAL HIJRAH KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASUL”

Ditulis: Mohd Nur Hafiz Exco Penerangan & Multimedia ALAM
rimbadamai87.blogspot.com
hafiz_chenor@yahoo.com

Salam Maal hijrah wat Seluruh Muslimin dan Mulimat,Selamat Menyambut tahun baru hijrah 1431.Sempat saya bertanya kepada rakan-rakan kampus untuk perancangan cuti maal hijrah ini.Ada yang menjawap ingin pulang ke kampung,ada juga yang menjawap terpaksa menghadiri progam wajip fakuiti.Ada juga yang menjawap untuk tinggal diasrama dan menyiapkan kerja yang ditugaskan oleh pensyarah.Bukan pesoalan ini saya ingin bawa dalam ini tapi saya terfikir sejak akhir-akhir ini sambutan atau perayaan seperti Maal hijrah,malidul rasul,malam nisfu saaban dan sebagainya hanyalah semata-mata perayaan tapi adakah sambutan ini dihayati maksud sebenarnya disebalik peristiwa sejarah tersebut.

Oleh itu, Isu (Maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Yup, memang menyeronokkan, tapi adakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Naruto, Bleach, Hunter X Hunter, Dragon Ball dan lain-lain? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :
” Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”
Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.
Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiran saya, perbincangan Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi :

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk Allah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yang sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam. Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk atau sebelum tidur.
Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam. Ya, Hijrah berlaku! Alaa, setakat nak kurangkan YM(sembang internet),Frienster,Facebook, Anime, Games, Movie tuh, agak2 laa, kalu banding dengan Saidina Umar r.a. macam sisa-sisa makanan yang melekat dicelah gigi saja. Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan kestatikannya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w..



Program Malam Ukhwah Mahabbah Exco Dakwah & Kebajikan

Pada 6/12/2009 bersamaan 19 zulhijjah 1430,Exco Dakwah dan Kebajikan Al-Azhar Members(ALAM)menganjurkan Program Malam Ukhwah Mahabah.Majlis tersebut diadakan untuk merapatkan ukhwah exco tersebut dan memperkenalkan exco tersebut kepada Majlis Eksekutif (ME) dan Angkatan Exco (AE).Antara acara didalam program tersebut ialah tayangan slide,Sukaneka dan Jamuan Makan.Antara yang turut hadir pada program tersebut ialah mantan Pimpinan 08/09.







Kami dari pihak Pimpinan mengucapkan tahniah atas kejayaan menganjurkan program tersebut.



Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman

1092



1092

“Macam Abu Saif sendiri pun pengunjungnya juga bukan semua sukakannya. Ada yang meluat bila nampak nak tunjuk terlebih pandai..serba serbi tahu. Itulah hakikatnya, banyak blogger sekarang menulis pun niat tak betul, nak popular… tunjuk bagus.. Pembaca menilai ikut naluri masing-masing… adakala tepat adakala prejudis. Saya sendiri pun adakalanya begitu bila membaca blog ini (Ummusaif.Com) dan Saifulislam.Com. Sesetengah topik jadi meluat. Bukan sengaja nak meluat… tapi naluri timbul sendiri hasil dari pembacaan…ramai yang begitu.” - petikan komen di Ummusaif.Com.

Saya tidak berhajat mahu memberi sebarang ulasan tentang isi kandungan komen di atas. Komen seperti ini datang hampir setiap hari.

Tetapi apa yang ingin disentuh adalah tentang satu persoalan yang boleh menjadi titik muhasabah buat diri saya dan kita semua.

Seandainya penulis komen itu berdiri di hadapan saya, apakah beliau akan bercakap perkara yang sama dengan telus seperti itu?

IDENTITI TERSEMBUNYI

Keunikan medan internet, ialah pada kemudahan menyembunyikan identiti. Kita boleh menulis, memuji, mengkritik, malah menghina dan memfitnah, tanpa perlu bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis. Adakalanya apa yang ditulis itu sangat besar kesannya hingga boleh mencetuskan mudarat ke atas mangsa. Tetapi pemangsa tidak perlu peduli tentang hal itu kerana identitinya selamat terselindung, terutamanya apabila komen ditulis dengan identiti dan email yang tidak benar, atau menggunakan perkhidmatan hosting blog percuma seperti di Blogspot dan Wordpress.

Bercakap sesuka hati di internet di sebalik penyamaran identiti memberikan satu bentuk kebebasan yang hampir tidak pernah dikecapi di sepanjang sejarah manusia. Biar pun setiap negara mempunyai akta-akta yang digubal untuk menguruskan kebebasan ini, ruang terbuka yang bebas lagi percuma itu terlalu gergasi untuk ditundukkan oleh sebarang bentuk kawalan.

RACUN YANG MEMUSNAH

Kita sama-sama dapat melihat bagaimana sebuah dinasti pemerintahan, sebuah parti memerintah, sebuah gerakan Islam atau public figure menempuh pengalaman-pengalaman luar biasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini, hingga membawa sebahagiannya menjadi telur di hujung tanduk. Semuanya gara-gara lontaran bicara di medan internet yang sangat besar kesannya kepada pihak yang dituju.

Penyembunyian identiti boleh memberikan rasa gagah yang luar biasa kepada seseorang. Perasaan itu yang sebelum ini lebih ketara dikecapi oleh pembunuh bersiri yang menikmati setiap kemusnahan yang berjaya dilakukannya tanpa pendedahan identiti, kini mampu untuk turut dirasakan oleh mereka yang menulis di internet. Penyembunyian identiti di internet adalah suatu peluang baru yang datang secara percuma untuk kegunaan manusia.

TERSELAMAT?

Tetapi, sejauh manakah seseorang itu terselamat daripada tanggungjawab?

Renungilah sepotong pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini:

falyaqulkhairan

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Akta-akta masih lemah pada mencari pemangsa.

Namun bagi pemangsa yang Muslim, yang bersyahadah dengan kalimah Tauhid, renungilah amaran Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…”

BERIMAN KEPADA ALLAH

Lupakah dia itu kepada Allah?

Tuhan yang Sami’ dan Basir, yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Apabila seseorang itu mahu menterjemahkan nafsu amarah, rasa hasad, benci atau apa-apa sahaja ekspresi yang negatif kepada bentuk tulisan, di manakah dia ‘meletakkan Allah di dalam pertimbangan’? Bakal mangsanya tidak akan tahu. Tetapi lupakah dia kepada Tuhan itu?

Tuhan yang Maha Memerhati, Meneliti, Mendengar, lagi Menghitung setiap butir huruf dan perkataan yang diluahkannya?

Seseorang yang beriman kepada Allah tidak akan terlajak menggunakan kebebasan menulis dan penyamaran identiti.

Mangsanya tidak tahu. Tetapi Allah Maha Tahu.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Setiap kali jari menaip, huruf-huruf yang keluar itu semuanya pasti menjadi satu antara dua. Sama ada ia menjadi pahala yang membekal diri menuju Syurga, atau menjadi butir bara dosa yang menyalakan api Neraka. Tiada yang pergi bagai debu tanpa sebarang nilai.

Dia sudah lupa akan apa yang telah ditulisnya semalam.

Tetapi Allah tidak lupa.

Dosa dan pahala sudah terakam.

Akhirat menanti dengan janji balasan.

Seorang manusia yang meyakini Akhirat sebagai negeri menerima balasan amal, akan berfikir dua kali sebelum jari jemarinya menterjemahkan ekspresi diri kepada tulisan di blog sendiri, di blog orang lain, atau di mana-mana.

KESAN SALAH GUNA

Penyalahgunaan kebebasan beridentiti di internet menimbulkan beberapa kesan yang serius ke atas Iman seseorang. Antaranya:

1. Menyemai sifat tidak bertanggungjawab ke atas perbuatan.
2. Menyemai sifat pengecut kerana tidak berupaya untuk bersemuka menyatakan pendapat.
3. Menyemai sifat Nifaq atau bermuka-muka antara sikap online dan sikap offline.
4. Menghakis imannya kepada Allah.
5. Menghakis imannya kepada Hari Akhirat.

Justeru, beringat-ingatlah kita setiap kali memindahkan rasa kepada kata.

Sama ada ia menjadi pahala, atau berubah menjadi dosa.

Renungi firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

4_114“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” [al-Nisaa' 4: 114]

Bertaqwalah kepada Allah.

Berkatalah yang baik-baik.

Atau diam itu lebih menyelamatkan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG



Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan
amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya
belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang
diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: “Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan
hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: “Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai
dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap
individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:
“(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.”

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegaskan: “Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya.”

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.”

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang
berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud:

“Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ‘adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan kita?’ Nabi menjawab,‘ya, apabila kekejian berleluasa.”

Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda:

“Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim
dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua.”

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud:

“Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan yang berada pada bahagian bawah,
apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata, ‘alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan
dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas.’ Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan akan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat.”

Persiapan Pendakwah Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Ilmu-ilmu teras fardu ain wajib pelajari oleh setiap individu yang hendak berdakwah dan ilmu ini perlu diperkukuhkan dengan ilmu-ilmu kontemporari yang selari dengan ajaran Islam. Penguasaan ilmu memerlukan pengorbanan serta keazaman yang tinggi dan untuk
itu kerja-kerja tidak berfaedah perlu ditinggalkan. Di dalam surah
al-Mukminun ayat 3 Allah berfinnan:

“Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi
perbuatan dan perkataan yang lagha.”

Istilah lagha mempunyai maksud tertentu. Imam Ibn Kathir mentafsirkannya sebagai, “segala perbuatan batil termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik,
perbuatan maksiat, serta segala perkara yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.”

Membuang masa pada perkara tidak berfaedah menjadi salah satu punca
kejatuhan umat Islam sebelum ini. Hal ini disebut oleh as-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam”. Beliau berkata: “Tetapi sayang sekali, kaum Muslimin tidak mensyukuri
nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuangkan waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Andai kata mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan
kaum Muslimin, kedudukan mereka tidak akan menjadi separah ini. Umat Islam bukan saja asyik membahaskan tentang sifat-sifat Allah, mereka juga asyik berbicara tentang roh, falsafah wihdatul wujud dan sebagainya. Semua ini
memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit... Hasil penemuan kaum
Muslimin sama ada dari sudut kuantiti ataupun kulitinya tidak mendatangkan apa-apa makna apabila dibandingkan dengan penemuan Barat pada abad ketujuh belas dan kelapan belas Masihi.” Apabila umat menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah, kewajipan penting terabai dan keutamaan terbabas. Hasilnya
adalah kejahilan dan kemunduran. Justeru, sudah sampai masanya bagi
umat Islam memfokuskan pada ilmu-ilmu penting demi masa depan umat yang gilang-gemilang.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa gelaran yang diberikan Allah kepada golongan berilmu sebagai lambang kemuliaan. Antara gelaran itu adalah rabbani. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah ali-Imran
ayat 79:

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmat dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan menyembah Allah’. Akan tetapi (dia
berkata): ‘Hendaklah kamu menjadi golongan rabbani kerana kamu selalu mengajar al-Kitab dan disebabkan kamu terus mempelajarinya’ .”

Berhubung dengan ayat ini, Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata:
“Ayat ini merupakan dalil bahawa golongan rabbani adalah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalil
ini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya bagi
menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal.”

Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Di dalam kitab lhya Ulumuddin, Imam al-Ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib dituntut oleh setiap
hamba Allah yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian. Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah atau tauhid bertujuan
memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati serta akhlak dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan diharamkan. Ilmu fardu kifayah adalah Ilmu yang wajib dikuasai umat Islam dalam bidang-bidang yang amat diperlukan
masyarakat. Namun, tidak semua individu Muslim dan Muslimah perlu
menceburi dalam bidang-bidang ini apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan.

Islam juga menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala teknologi yang perlu bagi menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu
kifayah yang disebutkan sebelum ini. Allah berfirman dalam surah
al-Anfal ayat 60:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.”

Umat Islam terdahulu benar-benar memahami dan menghayati ayat ini.
Contohnya, pada zaman khalifah Uthman, pada tahun 28 H bersarnaan
dengan 648 M, khalifah mengeluarkan arahan kepada Muawiyah supaya memberikan tumpuan
pada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari
tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Pada saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima
armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan daripada gelaran inilah lahiriya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas armada Islam mengalahkannya dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.

Di samping itu, Islam juga menuntut umatnya mengenali jahiliah pada zaman mereka supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengannya. Khalifah
Omar al-Khattab mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau yang bermaksud:

“Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi satu dari diri
seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah.”

Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia termasuk dalam adat resam dan budaya bangsa Melayu. Sebahagian daripada adat resam dan budaya yang diamalkan pada hari ini mengandungi khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul adalah kepercayaan yang tidak
bersandankan al-Quran dan Sunnah serta tidak dapat diterima akal yang waras. Ia adalah sebahagian daripada kepercayaan yang mungkar lagi sesat. Kepercayaan ini menjadi pegangan segelintir umat Islam kesan daripada pengaruh budaya yang dibawa oleh penganut ajaran agama lain. Antara bentuk
khurafat dan tahayul yang dipegang adalah percaya kepada konsep sial
majal seperti sialnya bunyi burung hantu pada waktu siang, sialnya nombor 13 dan seumpamanya.

Di samping ilmu, pendakwah juga tidak boleh memperkecilkan keikhlasan, ibadah dan akhlak mulia kerana tanpanya dakwah akan gagal. Di dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah, Dr. Muhammad Jamil Ghazi menukilkan
perkataan Imam Sufyan at-Thauri berhubung dengan perkara ini yang
bermaksud:
“Janganlah seseorang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran melainkan jika ada padanya tiga ciri: 1. Berlemah lembut dengan apa yang diseru dan dicegah. 2. Adil dengan apa yang diseru dan dicegah. 3. Berilmu
berhubung apa yang diseru dan dicegah.”

Perkara yang sama juga ditekankan oleh Imam Abul Laith As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin. Beliau membahagikan persiapan umum
pendakwah kepada lima: “1: Ilmu. 2: Keikhlasan. 3: Kasih sayang dan kelembutan. 4: Kesabaran. 5: Mengamalkan apa yang disampaikan.”

Pendakwah yang asyik mengutuk dan mencanangkan kesalahan orang lain dan melupakan diri sendiri merupakan pendakwah yang terbabas danipada obor al-Quran dan Sunnah. Benarlah As-Syeikh Fathi Yakan semasa beliau berkata di dalam bukunya yang bertajuk Musykilat ad-Dakwah Wa ad-Daaiyah yang bermaksud:

“Seseorang pendakwah akan berada di dalam keadaan baik jika dia bersih dari keaiban dan penyakit diri sendiri walaupun musuhnya mempunyai kekuatan yang hebat.”


Sebenarnya, kenyataan seumpama ini pernah diucapkan oleh khalifah Omar al-Khattab suatu masa dahulu semasa beliau menyampaikan amanat kepada tentera-tentera Islam. Beliau berkata:

“Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang
dilakukan oleh tentera-tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan daripada Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh.... Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah.”

Hukum Berdakwah

Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas mulia
dan Allah mengamanahkan mereka supaya melaksanakan dakwah. Di dalam surah an-Nahl ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami utus bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, ‘sembahlah Allah dan jauhilah taghut’.”

Sesiapa yang melaksanakan tugas dakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 33, yang bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah, serta beramal salih seraya berkata, ‘aku adalah dari kalangan orang-orang Muslim’.” Berhubung dengan ayat ini as-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir berkata: “Termasuk di dalam golongan ini adalah semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan mengikut Imam Ibn Kathir,
orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada yang makruf dan juga tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran.”

Oleh kerana dakwah adalah tugas yang mulia lagi penting, Allah
mengarahkan umat Islam melaksanakannya. Berhubung dengan ini, dalam surah ali-Imran ayat
110, Allah berfirman:

“Kamu adalah sebaikbaik umat yang dikeluarkan bagi manusia, kamu
mengajak kepada makruf dan kamu mencegah kemungkaran.”

Di dalam kitab Usul ad-Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan berpendapat ayat ini mempunyai dua penekanan. Pertama, Allah menjelaskan kebaikan umat ini dan kedua, kebaikan umat ini berkait rapat dengan pelaksanaan amar makruf
dan nahi mungkar. Berkaitan dengan ayat yang sama di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: “Barang siapa menepati sifat-sifat yang disebutkan dalam
ayat ini, dia tergolong dalam golongan umat terbaik.”

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf serta nahi mungkar. Makruf bermaksud perkara yang baik mengikut pandangan syarak dan akal, manakala mungkar bermaksud perkara yang berlawanan dengan segala yang
makruf sebagai contoh, meninggalkan amalan fardu ataupun melakukan perbuatan haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun dosa besar.

Salah satu golongan yang mendapat kutukan daripada Allah kerana gagal melaksanakan dakwah adalah golongan Bani Israel. Dalam surah al-Maidah ayat 78 dan 79, Allah berfirman:

“Telah dilaknat golongan kafir dan kalangan Bani Israel dengan lisan
Daud dan Isa putera Maryam. Hal ini disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan selalu melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di
kalangan mereka. Sesungguhnya buruk sekali apa yang telah mereka
lakukan.”

Berhubung dengan ayat ini nabi bersabda:

“Sesungguhnya kecacatan paling awal yang menimpa ke atas Bani Israel ialah, apabila seseorang lelaki bertemu dengan lelaki yang lain (yang melakukan kemungkaran) dia akan berkata, ‘wahai pulan, tinggalkanlah apa yang sedang
kamu lakukan kerana ianya tidak halal bagimu’. Kemudian pada keesokan harinya dia tidak lagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya, sebaliknya dia reda untuk duduk sambil makan dan minum dengan rakannya itu. Apabila hal ini berlaku, Allah bolak-balikkan hati-hati mereka. (Kemudian Nabi pun membaca ayat-ayat dan surah al-Maidah mi).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud.

Secara dasarnya, hukum berdakwah dengan lisan dan tangan adalah wajib kecuali dalam situasi tertentu. Di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan:
“Apabila dikhuatiri harta benda dan diri seseorang akan ditimpa
kebinasaan, harus bagi seseorang itu sekadar melawan dengan hatinya sahaja. Jika kekhuatiran ini tidak wujud, dia diwajibkan berdakwah, walaupun dia belum mengamalkan apa yang diserukannya ataupun dia menyedari seruannya tidak akan
diterima.”

Sehubungan dengan ini, Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin
menyenaraikan empat keadaan yang mungkin ditempuhi pendakwah.

1. Tidak wajib berdakwah
Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dan berkemungkinan dia akan dipukul, dicederakan atau dibunuh. Dalam suasana seperti ini, tidak wajib baginya melaksanakan dakwah.

2. Wajib berdakwah Pendakwah menyedari dakwahnya boleh menyebabkan kemungkaran tercegah
dan tidak ada sesiapa pun yang berani melakukan sebarang tindak balas ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, dia wajib melaksanakan dakwah.

3. Sunat berdakwah 1 Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang kesan positif dan dia sanggup memikul sebarang risiko yang mungkin menimpa ke atas dirinya. Dalam situasi seperti ini, dia disunatkan menyampaikan dakwah
tetapi tidak diwajibkan ke atasnya.

4. Sunat berdakwah 2 Pendakwah menyedari dakwahnya akan memudaratkan dirinya tetapi jika
dilakukan juga ia dapat mencegah kebatilan yang sedang berlaku. Dalam keadaan seperti ini, dakwah disunatkan ke atasnya.

Dalam memperincikan perkara ini, as-Syeikh Said Hawa di dalam Jundullah Jihad Fi Sabilillah berkata: “Contoh-contoh keadaan bahaya atau mudarat yang dikira sebagai alasan yang sah untuk tidak melaksanakan amar makruf dan
nahi mungkar ialah dipukul dengan teruk, dimusnahkan rumah dan tempat tinggalnya, diambil segala harta bendanya dan yang seumpamanya. Jika kemudaratan
yang akan menimpanya hanyalah dalam bentuk dihina, caci, maki, kutuk, perli, sindir dan sebagainya, kewajipan berdakwah tetap dibebankan ke atasnya
kerana Allah mengarahkan agar kita bersabar ketika melaksanakan
kerja-kerja dakwah.”

Bagi individu yang sanggup menanggung sebarang risiko, syariat Islam mengizinkannya melaksanakan dakwah walaupun dia mungkin dibunuh. Walau bagaimanapun, kesanggupannya untuk berkorban perlu juga diimbangi
dengan hasil yang bakal diperolehi supaya pengorbanannya tidak dilakukan secara semberono yang bakal merugikan perjuangan. Ibn Abidin di dalam Hasyiahnya
menjelaskan:

“Disebutkan dalam kitab Sharh al-Siyar diizinkan seseorang mencegah
bidaah dan kemungkaran walaupun besar kemungkinan dia akan dibunuh, dicederakan ataupun dikalahkan kerana ada di kalangan sahabat nabi yang melakukannya
pada zaman Rasulullah dan baginda memuji mereka. Walau bagaimanapun,
apabila individu itu mengetahui dia tidak akan dapat mengalahkan musuhnya dan penentangan yang akan dilakukannya tidak akan mendatangkan sebarang kemuliaan bagi agama, dia tidak diizinkan melakukan pencegahan itu secara
individu.”

Dalam berdakwah, setiap pendakwah perlu mengetahui isu-isu semasa bagi menangkis keraguan-keraguan yang timbul

sumber : abuhandzalah weblog



Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa

September 5th, 2009 | by Abu Saif
ABU SAIF @ www.saifulislam.com


“Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa.

“Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik.

“Err…” beliau kebingungan.

“Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi.

“Ye lah, hari-hari terserempak di kuliah. Hari-hari terserempak di kafe. Susah nak elak!” ujar beliau dengan nada serius.

“Oh, susahlah macam tu. Kalau anta sentiasa terpaksa berkahwin dengan orang yang anta terserempak hari-hari, jenuh la masa kerja di KLCC nanti. Ramai orang ‘hebat’ yang anta bakal terserempak setiap hari!” saya cuba mencuit perasaannya.

“Ustaz! Tak membantu langsung la macam ni!” kata beliau dengan nada agak kecewa.

“Haha, janganlah kecil hati. Ustaz mengusik aje. Tapi dalam usik tu ada kebenarannya. Betul tak?” saya menepuk bahunya.

Beliau tersengih.

“Kalau anta yakin yang anta sudah sampai ke tahap wajib kahwin, apa yang menghalangnya?” saya bertanya lagi.

“Segalanya, ustaz. Ibu bapa, penaja, financial dan seluruh petala langit dan bumi!” kata beliau dengan nada dramatik.

Saya ketawa. Antara kasihan dan geli hati.

“Hmm, kalau begitu nampaknya anta kenalah berpuasa sebab sudah ada keinginan yang tinggi, tapi belum ada kemampuan,” saya berkongsi.

“Puasa tu puasa dah ustaz. Tapi keinginan tu tak pernah pudar. Zaman student macam ini memang selalu terpaksa puasa pun. Terutamanya hujung bulan. Kalau tak mee segera, puasalah jawabnya!” tambah beliau lagi.

“Puasa yang macam itu tidak membantu anta. Ia bukan latihan. Ia bukan puasa yang dimaksudkan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam,” saya seperti sudah bertemu dengan salah satu ‘masalah’ anak muda ini.

“Maksud ustaz?” beliau meminta huraian.

PUASA SEBAGAI BENTENG

wijaa

“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih]

Itu pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan.

Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Namun, mekanisme puasa sebagai benteng perlu difahami. Andai benteng itu hanya benteng sekadar mengempang keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu bisa pecah kalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.

Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.

Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.

Apakah latihan itu?

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

BUKAN HANYA PUASA RAMADHAN

Inilah yang mesti dihayati oleh anak muda yang berpuasa kerana menahan diri dari nikah seketika. Ia mesti berlaku dalam keadaan kita sedar apa yang sedang kita lakukan, maka barulah ia berperanan sebagai tarbiyyah ke atas diri. Puasa itu bukan menyekat kemahuan bernikah semata-mata, antara terbit mentari hingga tenggelamnya suria. Jika puasa sekadar itu, jiwa akan menjadi ganas memberontak di kelam malam!

Sebaliknya puasa itu harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.

Belajar untuk meningkatkan kawalan diri.

Apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa. Ia benar-benar satu latihan untuk diri kita berkata TIDAK kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika, demi mentaati Allah.

KESAN HIDUP YANG KONDUSIF

Dalam suasana kehidupan kita yang semakin kondusif, hampir sahaja mendapat apa yang diinginkan, apa yang terkorban adalah kekuatan diri untuk mengawal keinginan. Apa hendak semua dapat, ketika kehendak itu hanya pada membeli buku, membeli pakaian, membeli gajet atau melancong ke sana sini. Tetapi tatkala kehendak itu adalah pada sebuah NIKAH, ia bukan lagi semudah mengisi kehendak-kehendak yang lain.

Ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

Justeru mungkin pengalaman mahu bernikah menjadi pengalaman pertama si anak muda berdepan dengan situasi tidak mampu mencapai impian dan keinginan. Namun dek kelemahan diri yang sukar untuk berkata TIDAK dan menundukkan kemahuan kerana sudah biasa dapat apa sahaja yang dihajat, kebijaksanaan minda dan ketinggian mata akademik bagai kosong dari sebagai nilai jati diri.

Tumpas.

Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]

Itulah bencana lemah kawalan diri.

Sentiasa terpaksa mengikut apa sahaja yang diinginkan hingga tidak mampu berkata tidak di mana perlu.

Justeru bagi anak muda yang sedang sampai tahap wajib kahwin namun terhalang oleh 1001 halangan, wajibkanlah dirimu dengan jihad mengawal nafsu dan keinginan diri.

1749

KESIMPULAN

Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Puasa sudah diberi sebagai wija’.

Ia hanya berperanan sebagai latihan apabila puasa itu menahan diri daripada:

1. Makan
2. Minum
3. Perkara-perkara lagha dalam kehidupan
4. Perkara-perkara lucah atau yang bersangkutan dengan naluri seksual
5. Bertindak reaktif membalas provokasi.

Jika puasa untuk menangguh nikah hanya dibuat dengan menahan diri daripada makan dan minum, ketahuilah ia tidak akan bertahan. Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara yang lagha dalam kehidupan seharian. Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara rafas, yakni sebarang aktiviti yang menjurus kepada rangsangan seksual. Baik dalam bentuk percakapan, fikiran atau pun tindakan perbuatan.

Seorang anak muda juga, di samping puasa makan minumnya, harus belajar untuk tidak menjadi hamba perasaan. Jangan emosional. Belajar mengawal diri dan mampu mengawal keinginan daripada bertindak hasil dorongan perasaan dan bukannya fikiran.

Puasa bukan empangan yang menanti pecah.

Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.

“Alhamdulillah. Terima kasih ustaz,” kata anak muda itu.

“Sama-sama” saya menjawab.

“Cuma, macam mana kalau saya faham semua nasihat ustaz itu tetapi tiada kekuatan untuk melaksanakannya?” soalan tambahan pula diajukannya.

“Oh, senang sahaja. Ambil tangan letakkan kepada api!” saya memberi simpul mati.

“Oh, hehe!” ketawa beliau kerana sudah tiada apa yang mahu disoalkan lagi.

Anda berusaha.

Kami doakan.

Dipetik dari blog:-
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG



Hukum Ringkas Puasa Ramadhan

Penulis : Al-Ustadz Abu Abdirrahman Al-Bugisi
http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=295

Menyambut Ramadhan, banyak acara digelar kaum muslimin. Di antara acara tersebut ada yang telah menjadi tradisi yang “wajib” dilakukan meski syariat tidak pernah memerintahkan untuk membuat berbagai acara tertentu menyambut datangnya bulan mulia tersebut.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari kewajiban puasa yang ditetapkan syariat yang ditujukan dalam rangka taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah k. Hukum puasa sendiri terbagi menjadi dua, yaitu puasa wajib dan puasa sunnah. Adapun puasa wajib terbagi menjadi 3: puasa Ramadhan, puasa kaffarah (puasa tebusan), dan puasa nadzar.

Keutamaan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur’an. Allah k berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah: 185)
Pada bulan ini para setan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka.
Rasulullah n bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِقَتْ أَبْوَابُ النِّيْرَانِ وَصُفِدَتِ الشَّيَاطِيْنُ

“Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Pada bulan Ramadhan pula terdapat malam Lailatul Qadar. Allah k berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ. سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.” (Al-Qadar: 1-5)

Penghapus Dosa
Ramadhan adalah bulan untuk menghapus dosa. Hal ini berdasar hadits Abu Hurairah z bahwa Rasulullah n bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لَمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ

“Shalat lima waktu, dari Jum’at (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah z)


Rukun Berpuasa

a. Berniat sebelum munculnya fajar shadiq. Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah n:

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya.” (Muttafaqun ‘alaih dari hadits ‘Umar bin Al-Khaththab z)
Juga hadits Hafshah x, bersabda Rasulullah n:

مَنْ لَمْ يَجْمَعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

“Barangsiapa yang tidak berniat berpuasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Asy-Syaikh Muqbil t menyatakan bahwa hadits ini mudhtharib (goncang) walaupun sebagian ulama menghasankannya.
Namun mereka mengatakan bahwa ini adalah pendapat Ibnu ‘Umar, Hafshah, ‘Aisyah g, dan tidak ada yang menyelisihinya dari kalangan para shahabat.
Persyaratan berniat puasa sebelum fajar dikhususkan pada puasa yang hukumnya wajib, karena Rasulullah n pernah datang kepada ‘Aisyah x pada selain bulan Ramadhan lalu bertanya: “Apakah kalian mempunyai makan siang? Jika tidak maka saya berpuasa.” (HR. Muslim)
Masalah ini dikuatkan pula dengan perbuatan Abud-Darda, Abu Thalhah, Abu Hurairah, Ibnu ‘Abbas dan Hudzaifah ibnul Yaman g. Ini adalah pendapat jumhur.
Para ulama juga berpendapat bahwa persyaratan niat tersebut dilakukan pada setiap hari puasa karena malam Ramadhan memutuskan amalan puasa sehingga untuk mengamalkan kembali membutuhkan niat yang baru. Wallahu a’lam.
Berniat ini boleh dilakukan kapan saja baik di awal malam, pertengahannya maupun akhir. Ini pula yang dikuatkan oleh jumhur ulama1.
b. Menahan diri dari setiap perkara yang membatalkan puasa dimulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim hadits dari ‘Umar bin Al-Khaththab z bahwa Rasulullah n bersabda:

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَهُنَا وَأَدْرَكَ النَّهَارُ مِنْ هَهُنَا وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ

“Jika muncul malam dari arah sini (barat) dan hilangnya siang dari arah sini (timur) dan matahari telah terbenam, maka telah berbukalah orang yang berpuasa.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Puasa dimulai dengan munculnya fajar. Namun kita harus hati-hati karena terdapat dua jenis fajar, yaitu fajar kadzib dan fajar shadiq. Fajar kadzib ditandai dengan cahaya putih yang menjulang ke atas seperti ekor serigala. Bila fajar ini muncul masih diperbolehkan makan dan minum namun diharamkan shalat Shubuh karena belum masuk waktu.
Fajar yang kedua adalah fajar shadiq yang ditandai dengan cahaya merah yang menyebar di atas lembah dan bukit, menyebar hingga ke lorong-lorong rumah. Fajar inilah yang menjadi tanda dimulainya seseorang menahan makan, minum dan yang semisalnya serta diperbolehkan shalat Shubuh.
Hal ini berdasarkan hadits Ibnu ‘Abbas c bahwa Rasulullah n bersabda:

الْفَجْرُ فَجْرَانِ فَأَمَّا اْلأَوَّلُ فَإِنَّهُ لاَ يُحْرِمُ الطَّعَامَ وَلاَ يُحِلُّ الصَّلاَةَ وَأَمَّا الثَّانِي فَإِنَّهُ يُحْرِمُ الطَّعَامَ وَيُحِلُّ الصَّلاَةَ

“Fajar itu ada dua, yang pertama tidak diharamkan makan dan tidak dihalalkan shalat (Shubuh). Adapun yang kedua (fajar) adalah yang diharamkan makan (pada waktu tersebut) dan dihalalkan shalat.” (HR. Ibnu Khuzaimah, 1/304, Al-Hakim, 1/304, dan Al-Baihaqi, 1/377)
Namun para ulama menghukumi riwayat ini mauquf (hanya perkataan Ibnu ‘Abbas c dan bukan sabda Nabi n). Di antara mereka adalah Al-Baihaqi, Ad-Daruquthni dalam Sunan-nya (2/165), Abu Dawud dalam Marasil-nya (1/123), dan Al-Khathib Al-Baghdadi dalam Tarikh-nya (3/58). Juga diriwayatkan dari Tsauban dengan sanad yang mursal. Sementara diriwayatkan juga dari hadits Jabir dengan sanad yang lemah.
Wallahu a’lam. 

1 Cukup dengan hati dan tidak dilafadzkan dan makan sahurnya seseorang sudah menunjukkan dia punya niat berpuasa, red


Siapa yang Diwajibkan Berpuasa?

Orang yang wajib menjalankan puasa Ramadhan memiliki syarat-syarat tertentu. Telah sepakat para ulama bahwa puasa diwajibkan atas seorang muslim yang berakal, baligh, sehat, mukim, dan bila ia seorang wanita maka harus bersih dari haidh dan nifas.
Sementara itu tidak ada kewajiban puasa terhadap orang kafir, orang gila, anak kecil, orang sakit, musafir, wanita haidh dan nifas, orang tua yang lemah serta wanita hamil dan wanita menyusui.
Bila ada orang kafir yang berpuasa, karena puasa adalah ibadah di dalam Islam maka tidak diterima amalan seseorang kecuali bila dia menjadi seorang muslim dan ini disepakati oleh para ulama.
Adapun orang gila, ia tidak wajib berpuasa karena tidak terkena beban beramal. Hal ini berdasarkan hadits ‘Ali bin Abi Thalib z bahwa Rasulullah n bersabda:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ: عَنِ الْمَجْنُوْنِ حَتَّى يَفِيْقَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقَظَ وَعَنِ الصَّبِي حَتَّى يَحْتَلِمَ

“Diangkat pena (tidak dicatat) dari 3 golongan: orang gila sampai dia sadarkan diri, orang yang tidur hingga dia bangun dan anak kecil hingga dia baligh.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
Meski anak kecil tidak memiliki kewajiban berpuasa sebagaimana dijelaskan hadits di atas, namun sepantasnya bagi orang tua atau wali yang mengasuh seorang anak agar menganjurkan puasa kepadanya supaya terbiasa sejak kecil sesuai kesanggupannya.
Sebuah hadits diriwayatkan Ar-Rubayyi’ bintu Mu’awwidz x:
“Utusan Rasulullah n mengumumkan di pagi hari ‘Asyura agar siapa di antara kalian yang berpuasa maka hendaklah dia menyempurnakannya dan siapa yang telah makan maka jangan lagi dia makan pada sisa harinya. Dan kami berpuasa setelah itu dan kami mempuasakan kepada anak-anak kecil kami. Dan kami ke masjid lalu kami buatkan mereka mainan dari wol, maka jika salah seorang mereka menangis karena (ingin) makan, kamipun memberikan (mainan tersebut) padanya hingga mendekati buka puasa.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Sementara itu, bagi orang-orang lanjut usia yang sudah lemah (jompo), orang sakit yang tidak diharapkan sembuh, dan orang yang memiliki pekerjaan berat yang menyebabkan tidak mampu berpuasa dan tidak mendapatkan cara lain untuk memperoleh rizki kecuali apa yang dia lakukan dari amalan tersebut, maka bagi mereka diberi keringanan untuk tidak berpuasa namun wajib membayar fidyah yaitu memberi makan setiap hari satu orang miskin.
Berkata Ibnu Abbas c:
“Diberikan keringanan bagi orang yang sudah tua untuk tidak berpuasa dan memberi makan setiap hari kepada seorang miskin dan tidak ada qadha atasnya.” (HR. Ad-Daruquthni dan Al-Hakim dan dishahihkan oleh keduanya)
Anas bin Malik z tatkala sudah tidak sanggup berpuasa maka beliau memanggil 30 orang miskin lalu (memberikan pada mereka makan) sampai mereka kenyang. (HR. Ad-Daruquthni 2/207 dan Abu Ya’la dalam Musnad-nya 7/204 dengan sanad yang shahih. Lihat Shifat Shaum An-Nabi, hal. 60)
Orang-orang yang diberi keringanan untuk tidak berpuasa namun wajib atas mereka menggantinya di hari yang lain adalah musafir, dan orang yang sakit yang masih diharap kesembuhannya yang apabila dia berpuasa menyebabkan kekhawatiran sakitnya bertambah parah atau lama sembuhnya.
Allah k berfirman:

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka, maka wajib baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain.” (Al-Baqarah: 184)
Demikian pula bagi wanita hamil dan menyusui yang khawatir terhadap janinnya atau anaknya bila dia berpuasa, wajib baginya meng-qadha puasanya dan bukan membayar fidyah menurut pendapat yang paling kuat dari pendapat para ulama.
Hal ini berdasar hadits Anas bin Malik Al-Ka’bi z, bersabda Rasulullah n:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ نِصْفَ الصَّلاَةِ وَالصَّوْمَ وَعَنِ الْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ

“Sesungguhnya Allah telah meletakkan setengah shalat dan puasa bagi orang musafir dan (demikian pula) bagi wanita menyusui dan yang hamil.” (HR. An-Nasai, 4/180-181, Ibnu Khuzaimah, 3/268, Al-Baihaqi, 3/154, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t)
Yang tidak wajib berpuasa namun wajib meng-qadha (menggantinya) di hari lain adalah wanita haidh dan nifas.
Telah terjadi kesepakatan di antara fuqaha bahwa wajib atas keduanya untuk berbuka dan diharamkan berpuasa. Jika mereka berpuasa, maka dia telah melakukan amalan yang bathil dan wajib meng-qadha.
Di antara dalil atas hal ini adalah hadits Aisyah x:

كَانَ يُصِيْبُنَا ذَلِكَ فَنُأْمَرُ بِقَضَاءِ الصِّيَامِ وَلاَ نُأْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاَةِ

“Adalah kami mengalami haidh lalu kamipun diperintahkan untuk meng-qadha puasa dan tidak diperintahkan meng-qadha shalat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Wallohu a’lam



Keutamaan Bulan Ramadan

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do’a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmatAllah di bulan ini. ” (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya). , Al-Mundziri berkata: “Diriwayatkan olehAn-Nasa’i dan Al-Baihaqi, keduanya ari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya.”

3. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam bersabda:

“Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga), ‘Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, ‘pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. “Beliau ditanya, ‘Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar’ Jawab beliau, ‘Tidak. Namun ovang yang beramal tentu dibevi balasannya jika menyelesaikan amalnya.’ ” (HR. Ahmad)’” Isnad hadits tersebut dha’if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang memperkuatnya.



KARNIVAL JOM KE MASJID BERJALAN LANCAR

Ahad,02 Ogos 2009,Karnival Jom Ke Masjid 2 Al-Azhar Members,Masjid Al-Azhar,KUIS berjalan lancar.Setakat pukul 11 pagi ini program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang meriah dari Mahasiswa KUIS.Progam ini dirasmikan oleh YB Dr Syafie Abu Bakar Adun Bangi pada jumaat 31 julai 2009.Dari Exco Penerangan & Multimedia mendoakan supaya program ini berjalan lancar hingga ke Akhirnya hendaknya dan diberkati oleh Allah program ini insyaAllah.



ALAM kendali "Khemah Ibadah" di SK Serdang





Pada 4 dan 5 Julai dan 18 ogos baru-baru ini, Kelab al-Azhar Members (ALAM)telah menerima jemputan untuk mengendalikan 'Khemah Ibadah' anjuran Panitia Pendidikan Islam dan PIBG Sekolah Kebangsaan Serdang. Program tersebut yang bermatlamatkan kecemerlangan solat melibatkan seluruh pelajar Muslim tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Serdang.

Fasilitator daripada al-Azhar Members (ALAM)yang terdiri daripada 10 orang muslimin dan 10 orang muslimat itu diberikan penghormatan dan kepercayaan sepenuhnya untuk mengendalikan program tersebut. Pelbagai pengisian menarik yang menjurus ke arah kecemerlangan ibadah dan solat berjaya dilaksanakan seperti LDK, kembara ibadah, tazkirah, muhasabah, ceramah motivasi dan sebagainya.

Bagi Fasilitator al-Azhar members(ALAM), jemputan tersebut merupakan suatu perhormatan dan kepercayaan yang tinggi kepada organisasi ini. Program tersebut juga menjadi medan terbaik untuk pimpinan ALAM mencurahkan segala ilmu dan pengalaman untuk manfaat bersama khususnya warga S.K.Serdang. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dan mendapat keredhaan Allah SWT.



Pendakwah dituntut bersikap lemah lembut, sentiasa sabar

ABU Burdah berkata: "Rasulullah mengutus ayahku, Abu Musa dan Muaz ke Yaman. Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersedia sekatalah kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam berdakwah ada tatacara yang perlu diamalkan supaya segala apa disampaikan menjadi ikutan. Antaranya, kita dilarang daripada menyukarkan manusia melakukan ketaatan kepada Allah.

Contohnya, ketika kita menjadi imam dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmum yang ada bersama daripada mereka yang lemah, sakit atau sudah tua.

Nabi SAW juga menyuruh kita menggembirakan manusia bukan menjadikan mereka berasa benci dengan ajaran disampaikan. Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan perkara menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat daripada agama dan kebenaran. Sebaliknya, jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat serta tahap tertentu bukan bersifat drastik atau melulu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam adalah agama mudah dan senang diamalkan setiap golongan. Oleh itu, hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai bebanan.

Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara membawa kepada kesulitan hidup.

Islam menuntut umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah serta bijaksana supaya ia diterima dengan mudah dan rela.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125)

Justeru, pendakwah perlu mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa menghiasi diri dengan sifat sabar walaupun terpaksa berdepan mereka yang menentang kerana dakwah melalui contoh yang baik adalah lebih berkesan.

Kewajipan sentiasa berlemah lembut turut ditekankan Rasulullah SAW dalam apa hal kerana kebajikan diharamkan bagi mereka yang tidak mempunyai sifat lemah lembut. Sabda Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak memiliki sifat lemah lembut, maka diharamkan seluruh kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)



DIALOG ALAM(KUIS) DAN I-RAKAN(UNISEL)

Sabtu,20/06/2009,Dialog Al-Azhar Members(ALAM)Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bersama Kelab I-RAKAN Universiti Industri Selangor(UNISEL) berlansung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Majlis yang berlansung di bilik mesyuarat pengurusan KUIS bermula kira-kira pukul 11.00 pagi.



Dialog ini bertujuan untuk bertukar-tukar pengalaman dari segi gerak kerja dakwah di kampus.Disamping itu bagi memupuk ukhuwwah antara pimpinan dua kampus ini.





Majlis dimulakan dengan bertaaruf antara kedua-dua pimpinan kelab kampus dan disusuli dengan penerangan tentang sejarah,visi dan misi setiap kelab.Selain itu sesi dialog antara pimpinan amat menarik perhatian dari kedua-dua pihak.Antara yang diutarakan ialah konsep dakwah yang boleh diguna pakai untuk kampus yang sesuai dengan situasi semasa dan tempat kita berdakwah.



Sesi resolusi pula dapat disimpulkan kepada enam usul iaitu:

1.PROGRAM BERSAMA
2.PELBAGAI USLUB DAKWAH
3. PERKONGSIAN PORTFOLIO
4. PERBINCANGAN MAYA(EMAIL YAHOO GROUP)
5. LAWATAN BALAS(JULAI..)
6.PERKONGSIAN SILIBUS TARBIYAH

Program Dialog Ini berakhir kira-kira 5.30 petang ditutup dengan doa oleh Muhammad Fakhrul Razi Shamsudin dan rombongan I-RAKAN(UNISEL)bertolak pulang ke kampus kira-kira pukul 6.30 petang.



OPS JUMAAT KUIS

Jumaat 19/06/2009.Al-Azhar Members BADAR dengan kerjasama AMAR(MPM),PERMAS dan PERMAI telah mengadakan 'OPS JUMAAT' di Qahyah kediaman Lelaki KUIS.Ops ini bermula pukul 12.00 tengah hari dengan Taklimat oleh Setiausaha BADAR di Masjid Al-Azhar KUIS.Ops ini bertujuan untuk mengerakkan siswa KUIS untuk turun ke masjid awal dan memastikan tiada yang ponteng solat jumaat yang wajib bagi muslimin.


Pegumuman Ops Jumaat kepada blok Asrama Siswa oleh Pegerusi PERMAI.





Ops berakhir kira-kira 1.10 petang.Ops Alhamdulillah dapat membawa sedikit perubahan kepada Siswa KUIS untuk turun awal untuk menunaikan solat jumaat.



“Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah”

Oleh: Fahmi (PRESIDEN ALAM)

Kelab al-Azhar Members (ALAM) melangkah setapak lagi ke hadapan dalam melalui rentetan babak-babak perjuangannya dengan penganjuran Malam Ukhuwwah Perdana baru-baru ini. Malam Ukhuwwah Perdana yang bertemakan “Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah” itu menghimpunkan seluruh persatuan dan warga KUIS dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim demi menggerakkan usaha dakwah di kampus ini. Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk menjelaskan lagi peranan ALAM sebagai peneraju dakwah kampus disamping merapatkan lagi kelab ini dengan seluruh warga KUIS.

Tetamu yang hadir kira-kira 350 orang bersesak-sesak memenuhi Auditorium sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak dengan penuh penantian dan harapan. Kehadiran tetamu yang di luar jangkaan itu menyaksikan hampir setiap sudut dan tempat duduk dipenuhi oleh hadirin. Majlis dimulakan denagn bacaan ayat-ayat suci al-Quran diikuti dengan ucapan pengerusi BADAR. Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan ucapan wakil Presiden ALAM diikuti dengan ucapan wakil Penasihat ALAM, Ust. Abu Zaki B. Ismail selaku Timbalan Nazir Masjid al-Azhar yang mewakili Ust. Mohd Farid Ravi yang tidak dapat hadir.

Kemuncak pada malam Ukhuwwah tersebut ialah pelancaran kumpulan nasyid ALAM “Shababul Islami” dan pelancaran yang penuh simbolik itu disempurnakan sendiri oleh Ust. Abu Zaki diiringi oleh Presiden ALAM. Kumpulan Nasyid Shababul Islami yang baru ditubuhkan itu juga berkesempatan mempersembahkan sebuah lagu sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir. Persembahan nasyid daripada kumpulan Shababul Islami mendapat sambutan yang begitu membanggakan daripada tetamu yang hadir dengan tepukan gemurruh dan sekali-sekala kedengaran laungan takbir mengiringi persembahan tersebut.

Majlis yang pada awalnya dianjurkan secara sederhana tetapi mendapat sambutan yang membanggakan itu berakhir pada pukul 11.15 malam dengan bacaan doa. Penganjuran Malam Ukhuwwah Perdana pada malam tersebut amat penting bagi ALAM khususnya bagi meneruskan usaha murni memartabatkan Islam di bumi KUIS agar difahami dan dihayati sepenuhnya dalam kehidupan mahasiswa dan warga KUIS serta memimpin kearah perubahan yang lebih baik. Semoga usaha ini dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

Takbir!!!





Perutusan Presiden ALAM sempena pembukaan sem Baru

Mungkin belum terlewat untuk ana ucapkan selamat datang, ahlan wasahlan wamarhaban bikum untuk semua pelajar-pelajar semester baru ke bumi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS. Sehingga pagi tadi (12 Mei)ana difahamkan oleh pengarah program minggu ta'aruf bahawa bilangan pelajar-pelajar baru yang mendaftar diri adalah seramai lebih kurang 1000 orang. Bilangan pelajar yang mendaftar tidaklah penting bagi ana walaupun hakikatnya ana lebih selesa dengan bilangan yang sedikit kerana secara jujurnya KUIS belum bersedia untuk menerima pelajar yang terlalu ramai atas banyak faktor.

Persoalan yang lebih penting ialah apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak pentadbiran KUIS khususnya dan persatuan-persatuan mahasiswa umumnya untuk meletakkan KUIS ditahap yang gemilang dan mendapat keredhaan ALLAH SWT. Hari ini kita dapat melihat bagaimana mahasiswa yang hidup dalam iklim kampus semakin hari semakin hilang jati diri sebagai seorang muslim sejati dan kehidupan mereka semakin jauh daripada panduan al-Quran.

Bertitik tolak dari situlah, Al-Azhar Members (ALAM) mengambil tanggungjawab sebagai satu amanah dari Allah SWT untuk terus beristiqamah menyampaikan mesej Islam kepada seluruh warga KUIS sehinggalah Islam berada di tempat yang selayaknya.

ALAM yang menjadi peneraju dakwah kampus meneguhkan azam dan iltizam serta berkeyakinan bahawa hanya ada satu jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan mahasiswa KUIS daripada belenggu kejahilan moden dan memimpin mereka yang sedang dalam kebingungan dan membimbing ke jalan yang sebenar iaitulah Islam yang syumul. Bertepatan dengan moto “Islam Memimpin Mahasiswa”, ALAM akan terus berusaha untuk merealisasikan matlamat ini dalam meninggikan Islam di Bumi KUIS dan menjadi satu amanah yang besar bagi seluruh pendokong-pendokong ALAM untuk terus istiqamah dan meningkatkan daya juang dalam perjuangan ini.

Akhir kata dari ana, ana menyeru kepada seluruh persatuan-persatuan di KUIS khususnya daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) untuk bersama-sama berganding bahu menyampaikan mesej Islam kepada semua. Al-Azhar Members (ALAM) sedia bekerjasama dengan mana-mana persatuan yang mempunyai cita-cita yang sama iaitulah untuk meninggikan Islam di bumi KUIS dan mendapat keredhaan Allah SWT.



Artikel Pilihan....MEDIUM TERKINI, MUHASABAH KEMBALI......ISLAM MEMIMPIN MAHASISWA


TOP UP

Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..



Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah???(wahai INSAN di bumi...sEdaRIlAh... khususnya warga KUIS)) berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..

Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita???......Buka minda..lapangkan hati dengan muhasabah berserta zikrullah disamping bertaubat kepadaNYA.

Sahabat-sahabat kita di Palestin, berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? ...tidur..makan..pergi dewan kuliah dan balik kuliah borak-borak kosong??...tanpa memikirkan masalah ummat dan sama-sama tanya diri kita, dimana sensitiviti kita khususnya usaha mendampingi operasi amar ma'ruf nahi mungkar??...di bahu siapa??..di bahu orang tertentu??...Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.

Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..

Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.

Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.Kedua(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.

Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .

Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan
3.Bangun malam dengan beribadat
4.Bermunajat pada waktu sahur
5.Berdamping dengan orang Soleh
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat
7.Uzlah daripada orang jahil
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)
9.Makan benda yang halal

Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (Al-Anfal,2)

Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.






Sponsored Ads