feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DIALOG ALAM(KUIS) DAN I-RAKAN(UNISEL)

Sabtu,20/06/2009,Dialog Al-Azhar Members(ALAM)Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bersama Kelab I-RAKAN Universiti Industri Selangor(UNISEL) berlansung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Majlis yang berlansung di bilik mesyuarat pengurusan KUIS bermula kira-kira pukul 11.00 pagi.



Dialog ini bertujuan untuk bertukar-tukar pengalaman dari segi gerak kerja dakwah di kampus.Disamping itu bagi memupuk ukhuwwah antara pimpinan dua kampus ini.





Majlis dimulakan dengan bertaaruf antara kedua-dua pimpinan kelab kampus dan disusuli dengan penerangan tentang sejarah,visi dan misi setiap kelab.Selain itu sesi dialog antara pimpinan amat menarik perhatian dari kedua-dua pihak.Antara yang diutarakan ialah konsep dakwah yang boleh diguna pakai untuk kampus yang sesuai dengan situasi semasa dan tempat kita berdakwah.



Sesi resolusi pula dapat disimpulkan kepada enam usul iaitu:

1.PROGRAM BERSAMA
2.PELBAGAI USLUB DAKWAH
3. PERKONGSIAN PORTFOLIO
4. PERBINCANGAN MAYA(EMAIL YAHOO GROUP)
5. LAWATAN BALAS(JULAI..)
6.PERKONGSIAN SILIBUS TARBIYAH

Program Dialog Ini berakhir kira-kira 5.30 petang ditutup dengan doa oleh Muhammad Fakhrul Razi Shamsudin dan rombongan I-RAKAN(UNISEL)bertolak pulang ke kampus kira-kira pukul 6.30 petang.



2 comments:
gravatar
SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...
June 22, 2009 at 4:55 AM  

Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan limpah rahmatnya akhirnya pertemuan yang telah dirancang telah dipermudahkan olenya.Bagi ana, pertemuan 4 mata ini bukan sahaja memberikan feedback positif kepada pimpinan malahan memberi ruang dan peluang kepada pimpinan kampus keluar dari zon selesa bagi memikirkan apa yang wajar disumbangkan bagi ISLAM seterusnya menjalankan aktiviti dakwah dengan lebih tersusun dan teratur.Syabas dan tahniah juga kepada ALAM yang telah menganjurkan program dialog yang bagi ana membuahkan hasil yang baik buat kami Persatuan i Rakan.

Norshamsedah Binti Nor
Exco Rehlah Kemasyarakatan

gravatar
Abdullah Al-Faruq said...
June 28, 2009 at 4:17 AM  

Salam Ukhuwwah Fillah,
Ikhwah Akhawat,

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat antara ALAM (KUIS) dan I-RAKAN (UNISEL) untuk bertemu.

Ana merasakan pertemuan ini sebagai satu medan perkongsian ilmu di antara ALAM dan I-RAKAN.

Juga, satu usaha sama bagi penambahbaikan dalam organisasi.

Harapan ana semoga pertemuan ini akan diadakan lagi pada setiap semester atau tahun.

Letakkan Cinta Kita, Pergantungan Hidup Kita, Gerak Kerja Kita,
Lillahi Ta'ala. Bantuan-Nya akan sampai bila-bila. Insya-Allah.

Post a Comment

Sponsored Ads