feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kerakusan Hiburan

Sejak akhir-akhir ini hiburan semakin menjadi pilihan baagi pihak media ini kerana mereka lihat akan sambutan masyarakat kepada sesuatu hiburan tersebut. Akan tetapi hiburan sekarang banyak menyumbangkan kepada sesetengah gajala yang berlaku dalam Negara ini seperti gejala sosial remaja, rompakan dan samun, jenayah dan lain-lain lagi.


Ini kerana media Negara ini banyak membawa masuk pelbagai unsur-unsur hiburan daripada luar seperti keganasan, seram dan misteri, khayalan dan hubungan percintaan diluar batasan agama. Ini semua dibawa masuk oleh media Negara ini sendiri daripada media barat, ia mendatangkan sedikit-sebanyak pengaruh budaya-budaya yang bercanggah daripada budaya kita apatah lagi agama.


Selain itu program-program berbentuk nyanyian juga turut mendapat tempat dihati masyarakat kerana telah lama diasuh dengan hiburan sebegini. Bermula dengan pertandingan nyanyian yang disertai oleh remaja-remaja dengan menggunakan pelbagai jenama seperti Akademi Fantasia (AF), Mentor, Malaysia Idol, One In A Milion, Geng Starz, Rentak Juara dan bermacam-macam lagi.


Tidak cukup kepada remaja, timbul pula program nyanyian sebegini seperti Bintang Kecil dan Idol Kecil. Perkara ini semakin menjadi-jadi kerana ia mendapat sambutan daripada penonton, adaa juga yang sanggup menghabiskan “Prepaid” telefon bimbit untuk menghantar sms kepada penyanyi pujaan mereka.


Para mengajur tidak menghiraukan keburukan yang berlaku kerana mereka ini yang mementingkan keuntungan atas dasar mereka ini orang berniaga. Kesan yang akan berlaku jika program sebagaimana yang dinyatakan tadi ialah pemikiran anak-anak muda akan lebih tumpukan kepada hiburan dan popularity masing-masing jika mereka ini adalah peserta dalam realiti TV tersebut.


Banyak perkara lain yang penting akan mereka tinggalkan seperti penekanan kepada minat dalam menambah ilmu dan meningkatkan mutu pelajaran. Selain itu mereka ini akan meninggalkan apa yang berlaku disekeliling mereka, apa yang telah berlaku dalam Negara masa kini.


Oleh itu, pihak kami menyeru kepada pihak media agar membuat apa-apa reality tv yang memberi manfaat dan perbanyakkan memikirkan masa depan pelapis kepimpinan Negara ini.



Mohd Syahiran Muhammad

Exco Penerangan

Al-Azhar Members, Masjid Al-AzharJustify Full

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( ALAM-KUIS)





0 comments:

Post a Comment

Sponsored Ads