feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Solat Hajat Perdana

Pada jumaat 15 Ogos satu majlis yang dinamakan Malis Solat Hajat Perdana anjuran Senator FBK MPM dengan kerjasama Al-Azhar Members,Masjid Al-Azhar dimana tujuannya untuk membuat solat hajat berjemaah sempena peperiksaan akhir yang akan dating tidak lama lagi.


Majlis ini dihadiri oleh pelajar-pelajar KUIS bersama-sama pentadbiran KUIS antaranya Ust. Khairi, Pemangku Timbalan Rektor, Ust Subari, Dekan JPM, Ust Halim Pengurus JPM dan lain-lain lagi dimana mereka sanggup turun untuk bersama-sama pelajar dalam member semangat dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti.


Majlis dimulakan dengan Iftar atau berbukan puasa sunat beramai-ramai, seterusnya solat maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin yang diimami oleh Saudara Rasyidi yang juga sebagai Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa.


Seterusnya hadirin diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan amat daripada Pemangku Timbalan Rektor KUIS, Ust. Khairi dengan memberikan semangat kepada pelajar untuk menghadapi ujian akhir semester akan dating, beliau juga banyak memberitahu tentang penglibatan KUIS untuk sama-sama seteraf dengan IPTA yang lain dengan member kemudahan kepada pelajar dan mengukir nama di mata masyarakat.


Majlis ini seterusnya bacaan doa oleh saudara Dhiya’urrahman dari Sekretariat pembangunan insane Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Solat Isya’ berjemaah dan diakhiri dengan solat hajat berjemaah. Selepas selesai majlis, pelajar-pelajar di jamu dengan sedikit makanan ringan dan berakhir pada pukul 9.30malam.


Bacaan Yaasin Beramai-ramai


Bacaan Yaasin diketuai oleh Presiden MPM



Hadirin


Pemangku Timbalan Rektor serta pihak ALAM

sama-sama membaca yaasin


Ust. Halim turut hadirkan diri


Siswi KUIS juga tidak ketinggalan


Pelajar membanjiri masjid

Tahlil diketuai oleh Sekretariat Pembangunan Insan


Presiden ALAM bersama pentadbiran tertinggi KUIS

Saudara Dhiyaurrahman
mempengurusikan majlis



Dekan JPM juga turut kelihatan

Bacaan Al-Quran daripada Qari daripada Siswa KUIS


Amanat Permangku Timbalan Rektor

Jamuan Ringan





0 comments:

Post a Comment

Sponsored Ads