feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SENI DALAM ISLAM

Definisi

Dari sudut bahasa : indah, halus, lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan dijelaskan. Secara amnya, seni didefinisikan sebagai segala usaha penciptaan bentuk-bentuk atau karya-karya yang memberi kesenangan estetika. Seni dibahagikan kepada empat bahagian utama :

i. Seni melalui pendengaran- muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara.

ii. Seni melalui penglihatan- seni lukis, seni hias, seni bina.

iii. Seni melalui pendengaran dan penglihatan- drama, tablo, teater, filem.

iv. Seni melalui bacaan- sastera, puisi, prosa.

KESENIAN ISLAM SEBAGAI MEDIA DAKWAH

1) Seni suara dalam bacaan mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T kerana dengan suara dan bacaan yang fasih serta dengan tajwid yang betul mampu menarik minat orang untuk mendengar bacaan Al-Quran.

2) Seni suara lagu yang berunsur memuji Allah dan Rasulnya dapat menenangkan hati orang yang mendengar dan memuji kebesaran Tuhan.

3) Seni khat juga mampu menarik minat orang untuk menghayati kesenian Islam.

4) Seni ukir juga dapat mencerminkan akhlak, aqidah dan syariat Islam.

5) Seni bina pula dapat melambangkan keutuhan dan kemajuan tamadun Islam.

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENGHARUSAN SENI LAGU DAN MUZIK

1) Tema atau seni kata nyanyian tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti memuji wanita, arak dan tidak merosakkan akidah.

2) Lagu tidak merangsang orang yang mendengar kepada perkara-perkara maksiat yang boleh membawa kepada maksiat.

3) Penyanyi hendaklah menutup aurat dan tidak menghias diri yang boleh membawa kepada fitnah.

4) Suara penyanyi tidak merangsang nafsu dan membangkitkan syahwat terutamanya ketika menyanyikan lagu cinta dan rindu.

5) Nyanyian tidak disertai dengan perkara yang diharamkan.

6) Nyanyian tidak mengkhayalkan dan tidak menyebabkan pendengar mengabaikan tanggungjawab dan lalai dari mengingati tuhan.

NYANYIAN YANG DISEPAKATI KEHARUSANNYA

v Nyanyian untuk memberi semangat kepada panglima-panglima perang.

v Nyanyian untuk menidurkan anak.

v Hida’ dalam haji.

v Nyanyian untuk memuji kebesaran tuhan.

HUKUM BERGANTUNG KEPADA PENDENGAR

Setiap pendengar sebenarnya merupakan orang yang paling mahir dan layak menentukan hukum sebenar lagu dan muzik untuk dirinya. Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, mendorong ke arah kejahatan, melalaikan serta leka untuk menunaikan ibadah, maka menjadi kewajipan ke atas pendengar itu untuk menjauhinya serta menutup pintu fitnah tersebut demi memelihara diri dan agamanya.





0 comments:

Post a Comment

Sponsored Ads