feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kerajaan sedia kaji semula akta tangani isu alam sekitar

Berita Harian
7 Mac 2005
ms 03
Nasional


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang sedia ada jika ia didapati tidak lagi relevan atau gagal mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan membabitkan pemuliharaan alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendirian tegas berhubung aspek perundangan mengenai isu alam sekitar dan menganggapnya penting bagi memastikan ia sentiasa dipulihara.

Beliau berkata, kerajaan sendiri ketika memperkenalkan konsep Islam Hadhari sudah menggariskan 10 prinsip utama pelaksanaannya dan satu daripadanya adalah pemuliharaan alam semula jadi.

“Kerajaan berharap supaya semua pihak lebih bertanggungjawab dan peka terutama dari aspek perundangan, penguatkuasaan, perancangan, kelulusan dan sebagainya.

“Jika ada peraturan yang tidak lagi mempunyai nilai pencegahan, ia perlu dikaji semula,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas Masyarakat India dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa aspek undang-undang sedia ada yang dianggap lapuk kerana hukuman dan denda yang dikenakan tidak lagi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat hukuman terhadap pesalah alam sekitar tidak setimpal serta gagal menghalang atau menakutkan mereka daripada terus melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, pemaju yang dijangka dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan melakukan kesalahan memusnahkan alam sekitar di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, mungkin hanya boleh dikenakan denda RM2,000 berbanding kemusnahan yang sudah dilakukan.

Ia mencetuskan kemungkinan ramai yang beranggapan hukuman yang boleh dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan iaitu denda maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun mengikut Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1970.

Najib berkata, kerajaan sentiasa bersedia menimbang kemungkinan mengkaji semula undang-undang bagi memastikan ia berkesan dalam mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan.

“Kerajaan sedang memikirkannya kerana proses membaharui atau meminda sesuatu undang-undang itu memerlukan perancangan, penggubalan serta penguatkuasaan bagi memastikan ia berkesan,” katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam Malaysia mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang bagi menilai semula kemungkinan memperbaharui undang-undang yang sudah disifatkan sebagai lapuk dan ketinggalan.

Pengerusi majlis itu, Kuthubul Zaman Bukhari, berkata Majlis Peguam mencadangkan perkara itu kerana ada antara undang-undang yang digunakan sehingga sekarang sudah digubal 30 hingga 50 tahun lalu dan tidak relevan lagi




0 comments:

Post a Comment

Sponsored Ads