feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Muktamar ALAM Kali Pertama : “Sejahtera Bersama ALAM”

Presiden ALAM sesi 08/09 menyampaikan ucapan penangguhan sempena Muktamar ALAM kali pertama
"Sejahtera Bersama ALAM"
Barisan Majlis Eksekutif ALAM sesi 08/09 yang baru diumumkan

Al-Azhar Members (ALAM) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penganjuran Muktamar Tahunan kali pertama yang berlangsung semalam. Muktamar yang bertemakan “Sejahtera Bersama ALAM” itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah walaupun dalam keadaan persiapan yang sederhana. Hampir 200 orang muktamirin memenuhi Auditorium KUIS sebaik sahaja selesai solat fardhu Isyak dengan penuh penantian dan harapan.

Bagi seluruh pimpinan al-Azhar Members (ALAM), muktamar tersebut menjadi medan untuk bermuhasabah dan menilai segala apa yang telah dilakukan seta menganalisis pencapaian dengan tujuan untuk menambah kesungguhan bekerja dan berjuang sehingga cita-cita, visi dan misi ALAM tercapai dan terlaksana.
ALAM yang menjadi peneraju dakwah kampus meneguhkan azam dan iltizam serta berkeyakinan bahawa hanya ada satu jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan mahasiswa KUIS daripada belenggu kejahilan moden dan memimpin mereka yang sedang dalam kebingungan dan membimbing ke jalan yang sebenar iaitulah Islam yang syumul. Bertepatan dengan moto “Islam Memimpin Mahasiswa”, ALAM akan terus berusaha untuk merealisasikan matlamat ini dalam meninggikan Islam di Bumi KUIS dan menjadi satu amanah yang besar bagi seluruh pendokong-pendokong ALAM untuk terus istiqamah dan meningkatkan daya juang dalam perjuangan ini. Penganjuran muktamar ALAM yang berlangsung semalam menjadi medan terbaik bagi seluruh pendokong ALAM untuk bermuhasabah bagi merealisasikan segala cita-citanya.

Muktamar tersebut dirasmikan oleh Ust. Mahmud Lutfi B. Abd Hadi, Imam 1 Masjid Al-Azhar KUIS yang mewakili Ust. Mohd Farid Ravi B. Abdullah, Nazir Masjid Al-Azhar KUIS merangkap penasihat ALAM. Kumuncak bagi muktamar yang pertama ini ialah pembubaran pimpinan ALAM sesi 07/08 yang diumumkan oleh Presiden ALAM sesi 07/08, al-akh Azihal b. Bangsawan disusuli dengan pengumuman pimpinan baru sesi 08/09. Muktamar tersebut diteruskan dengan ucapan penangguhan Presiden ALAM yang baru sesi 08/09 dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Setiausaha Agung.

Bagi seluruh pendokong ALAM, penganjuran muktamar tersebut merupakan cacatan sejarah yang amat penting kerana buat pertama kalinya ALAM berjaya menganjurkan muktamar yang amat bermakna ini. Semoga pendokong-pendokong ALAM dapat bekerja, beramal dan berjuang dengan lebih cemerlang dan bersungguh-sungguh bermula saat ini dan yakinlah bahawa segala usaha yang kalian lakukan ini adalah semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah swt. Mudah-mudahan syurga menjadi tempat istirehat kalian selepas ujian dan cabaran yang kalian lalui dalam perjuangan ini. Takbir!!!



Demonstrasi Mahasiswa KUIS Anti Israel, Selmatkan Rakyat Islael


Pada 17 Januari 2009, iaitu hari jumaat, telah di adakan himpunan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang diadakan di KUIS. Pada Jam 11 pagi mahasiswa KUIS mula berhimpun di dataran First Café iaitu kafe yang berhampiran dengan penempatan pelajar sebelum berarak ramai-ramai menuju ke masjid Al-Azhar KUIS yang diketuai oleh Timbalan Rektor Pembangunan Koprat KUIS iaitu Tuan Hj. Mat Shah.

Dalah himpunan ini di laung-laungkan kata-kata pembakar dan mengecam kezaliman tentera Zionis Israel oleh penganjur iaitu Kelab Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM). Seterusnya disusuli dengan ucapan oleh wakil pelajar iaitu saudara Akmal selaku setiausaha ALAM dan wakil pensyarah yang juga merangkap timbalan dekan Akademi Islam (A.I) iaitu Ustaz Fairuz.

Pada jam 11.40pagi himpunan ini berarak ke datarn masjid sambil melaung kebesaran illahi dan anti Israel-Amerika sepanjang Dalam pejalanan oleh kira-kira 1500orang penuntut institusi ini.

Semasa didataran masjid mahasiswa mengelilingi dataran untuk mendengar ucapan-ucapan oleh Ustaz Izad merupakan salah seorang imam Masjid Al-Azhar , Presiden ALAM Saudara Fahmi, Saudara Nasrun Izad Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM-KUIS), Tuan Hj. Mat Shah Selaku Timbalan Timbalan Rektor Pembangunan Koprat, Ustaz Farid Ravi Selaku Nazir Masjid Al-Azhar dan seterusnya penyempurnaan simbolik dengan membakar bendera Israel Tuan Hj. Mat Shah.

Demonstrasi Mahasiswa KUIS Mengecam Keganasan Israel ini berhenti seketika pada jam 12.40tgh untuk menunaikan solat Jumaat dan disambung selepas itu dengan ucapan-ucapan oleh wakil pelajar dan pensyarah sebelum bersurai pada jam 3.00petang.








Sekitar Himpunan Warga KUIS Membantah Kezaliman Zionis di Gaza

" Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka....." Mohamad Fahmi membacakan doa memohon kemenangan Islam.

Tn Hj. Mohd Shah turut menyampaikan ucapannya.

Mahasiswa KUIS menyokong perjuangan HAMAS.

Bakal YDP MPM menyampaikan ucapannya.

Mahasiswi KUIS, Serikandi fi sabilillah.

Jihad jalan kami, Syahid cita-cita kami...



PRK KUIS

Menjelang 1 hari lagi PRK KUIS,.Perang poster kelihatan di mana-mana tempat tumpuan dibumi KUIS brgemalah seruan untuk memilih wakil mahasiswa untuk mewakili suara Mahasiswa.Calon-calon kali ini terdiri daripada muka-muka baru dari pelbagai pengajian dan semesta dan juga mantan MPM yang lepas bertanding semula dalam pemilihan kali ini.Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengucapkan selamat bertanding kepada calon-calon yang bertanding dan selamat berjaya dalam pemilihan kali ini.



Mahasiswa Kuis Kutuk keganasan ZIONIS Laknatullah



Oleh: Fahmi el-Kedahi

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama-sama dengan 3,000 mahasiswa Islam seluruh Malaysia berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir petang semalam bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.

Anak-anak muda dari kalangan mahasiswa dengan berpakaian serba hitam membanjiri kedutaan negara yang menjadi sekutu kuat Israel tersebut bagi menyatakan ketidakpuasan hati atas pendirian Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak yang bersifat kronisme kepada Israel dan pakatan Zionis Laknatullah.

Mahasiswa KUIS yang kebanyakannya tiba sebelum solat Jumaat sempat menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid As-Syakirin sebelum bersama-sama dengan seluruh mahasiswa lain berarak ke Kedutaan Mesir.Mereka hadir beramai-ramai dengan menaiki 7 buah kereta, puluhan buah motosikal dan tidak ketinggalan ada yang datang dengan menaiki bas dan KTM.

Kumpulan mahasiswa itu juga melaungkan “Hancur Israel!, Hancur Yahudi!, Hancur Zionis!”, “Save Gaza” dan tidak ketinggalan yang melaungkan "Daulah Islamiyah" sambil membawa poster dan kain rentang dengan tulisan mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin dan mengecam kerajaan Mesir. Turut kelihatan sekumpulan mahasiswa KUIS yang membawa kain rentang yang tertera tulisan "Mahasiswa KUIS Menyokong Perjuangan HAMAS" dan "Support Palestin".

Antara kumpulan mahasiswa KUIS yang hadir dalam perhimpunan tersebut ialah seluruh pimpinan Al-Azhar Members (ALAM),wakil daripada MPM, PERKIM KUIS,juga beberapa orang bekas YDP MPP/MPM KUIS dan puluhan orang mahasiswa KUIS yang lain.Perhimpunan kali ini mencatat suatu sejarah bagi seluruh mahasiswa KUIS dan pihak Al-Azhar Members khususnya yang membuat kerahan yang begitu besar bagi mempromosikan perhimpunan tersebut. Perhimpunan tersebut merupakan acara kemuncak bagi seluruh mahasiswa KUIS dan telah didahului dengan program "2 Hari Untuk Gaza" yang dikendalikan sepenuhnya oleh Al-Azhar Members (ALAM).

Beberapa orang wakil pimpinan Al-Azhar Members (ALAM) yang sempat ditemui membayangkan kemungkinan akan diadakan suatu perhimpunan besar-besaran di KUIS dalam masa terdekat bagi membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa dan seluruh warga KUIS dalam menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan umat Islam di Palestin yang dterajui oleh HAMAS dan perjuangan umat Islam diseluruh dunia termasuklah di Tanah Air tercinta, Malaysia.Atas kesedaran itu, pihak Al-Azhar Members (ALAM) meminta seluruh mahasiswa dan warga kuis agar dapat bersedia dengan kemungkinan tersebut.

Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.


Bagi pihak GAMIS yang mengendalikan demontrasi kali ini, telah tercatat suatu sejarah penting kepada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.

Demontrasi aman tersebut berakhir pada pukul 4.00 petang dalam keadaan hujan. Bagi seluruh mahasiswa KUIS yang hadir dalam demontrasi aman tersebut, pihak Al-Azhar Members (ALAM) melafazkan penghargaan yang tidak terhingga dan semangat serta pengorbanan kalian amat kami hargai. Sesungguhnya, KUIS tidak ketandusan semangat jihad anak muda yang akan berjuang mempertahankan Islam dan Umatnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kami di Al-Azhar Members (ALAM), dengan tegas menyatakan bahawa perjuangan Islam tetap akan menjadi agenda dan kemenangan Islam itu adalah sesuatu yang pasti. Takbir!!!

Salam Perjuangan...





KUIS: Teka Teki PRK, Satu muslihat Besar

Maka semakin bergemalah kampus cakap-cakap tentang Pilihan Raya Kampus (PRK). Kena pula kini waktu sudah melewati pertengahan Disember yang kebiasaannya Bulan Pilihan Raya. Sebenarnya cakap-cakap ini sudah rancak kurang lebih 2 bulan lalu, cuma kini semakin ber'degung'.



Tiada siapa yang dapat menelah dengan tepat bilakah tarikh sebenar PRK ke-11 akan diadakan. Presiden MPMKUIS sendiri pun tak tahu-menahu walaupun seakan naik lemas dengan pertanyaan yang sama dari semua.

Saya tidak mahu sentuh atau berkomentar tentang apa mungkin dijangka atau dicongak perihal calon-calon PRK nanti apalagi yang melibatkan kerusi-kerusi panas.

[Baca seterusnya.]




1.04 juta peminjam PTPTN terima surat berperingkat

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my

Urusan hantar perjanjian baru calon layak caj satu peratus mulai Januari

KUALA LUMPUR: Seramai 1.04 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menerima surat secara berperingkat mulai Januari depan bagi urusan mengemas kini status pinjaman mereka berhubung kadar caj satu peratus.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata penghantaran surat secara berperingkat itu tidak dapat dielakkan berikutan senarai nama peminjam PTPTN yang layak menerima keistimewaan potongan caj perkhidmatan itu melebihi sejuta orang.

"Ia akan dilakukan secara berperingkat mulai Januari ini, bagaimanapun tarikhnya (untuk mula menghantar surat perjanjian baru) masih belum diputuskan.

"Peminjam perlu memberi maklum balas kepada PTPTN dengan mengisi butiran yang diperlukan sebelum menghantar semula (kepada PTPTN) dalam tempoh sebulan daripada tempoh penghantaran surat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipetik sebagai berkata, semua 1.04 juta peminjam PTPTN yang membuat pinjaman sebelum 1 Jun 2008, perlu mengisytiharkan status pinjaman bagi melayakkan mereka menikmati caj perkhidmatan satu peratus mulai tahun depan.

Akhbar sebelum ini juga melaporkan, peminjam yang gagal berbuat demikian berdepan risiko terus dikenakan caj pinjaman pada kadar lama iaitu tiga peratus atau lima peratus, jika surat tawaran perjanjian baru yang mengandungi pengurangan caj itu tidak sampai kepada mereka.

Sebelum ini PTPTN mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut ijazah sarjana muda dan lima peratus untuk penuntut ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D).

Sehubungan itu, Dr Mohamad Shahrum berharap semua peminjam akan segera mengemaskini alamat masing-masing bagi membolehkan surat perjanjian baru dapat sampai kepada mereka bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Katanya, selepas menerima surat perjanjian baru, peminjam perlu memberi maklum balas segera dalam tempoh sebulan bagi mem-bolehkan pelarasan jumlah pinjaman dapat dilakukan.

Ditanya tempoh masa yang perlu diambil untuk membuat pelarasan sebelum peminjam boleh menikmati kadar berkenaan, beliau berkata, PTPTN akan membuat penelitian mengenai perkara itu.

"Apabila kita menerima maklum balas daripada peminjam, proses pelarasan akan dilakukan dan mereka akan menerima kadar satu peratus itu selepas penelitian dilakukan," katanya.





Sponsored Ads